Tuesday, June 5, 2012

Buah Tangan buat Dr Seri Suniza.


Buah tangan untuk Dr Seri Suniza yg telah menyambut kelahiran Puteri dan Putera bongsu saya. Semuanya adalah hasil tangan saya sendiri kecuali membingkaikan cross stitch. Sebenarnya idea untuk membuat cross stitch cupcakes ini datang ketika saya sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan antenatal. Sebelum ke W&C clinic, saya suka singgah di kedai dibawah PCMC untuk membeli magazine. Kebetulan issue Cross stitch Crazy time tu ada pattern cupcakes. Saya terfikir, apa salahnya saya menambahkan lagi koleksi souvenir dibilik Doktor..
Selepas bersalin, sebelum discharged, saya dan kekanda suami memberi beg yg berisi cross stitch ini. Wah! Tersenyum lebar Doktor Seri Suniza. Doktor siap imagine nak menggantungkan cross stitch ini diruang makan di rumahnya. Juga beliau sudah dapat meneka siapa diantara anaknda beliau yg akan mendapat beg. Gembiranya saya!
 Saya rasa terhutang budi kepada Doktor dan staffnya kerana menjaga saya dengan baik sepanjang saya di PCMC.
Add caption

Sunday, June 3, 2012

Beg Quran

Ini adalah beg untuk Putera ke 2 saya. Anaknda saya sangat menginginkan sebuah beg untuk  memudahkan beliau menyimpan Quran dan membawanya. Gambar orang bermotosikal itu adalah pilihan anaknda saya yg saya sulamankan menggunakan teknik cross stitch. Sebagai accesories tambahan saya tampalkan nama beliau. Wah! Anaknda saya saya sangat sukakan beg ini. Kami sama-sama memilih Iron on alphabet  itu ketika di Habby & Wool, Ampang Park. Semua ada kecuali huruf A. Terpaksa saya sulamankan huruf A. Semoga anaknda terus bersemangat untuk mempelajari Kalamullah. Kerna, hidup tanpa Kalamullah dan As-Sunnah umpama pokok tanpa buah. Saya sentiasa menekankan cara-cara hidup Rasulullah dalam kehidupan kami sekeluarga. Semoga usaha kecil saya dirahmati Allah.

Apron

Alhamdulillah, sudah siap apron yg saya jahitkan sebagai buah tangan buat seorang sahabat saya. Sahabat saya baru belajar membaking cupcakes. Kebetulan ketika datang menziarah saya tempoh hari, beliau membawa cupcakes yg beliau sendiri buat sebagai buah tangan untuk anaknda saya. Mereka sangat mengemarinya. Jadi, apron ini adalah sebagai pembangkit semangat untuk beliau membaking lebih banyak cupcakes! 
Harap beliau suka ala2 country kerana saya mengemarinya. Dan yg paling penting beliau 'terpaksa' sukakan warna pink kerana saya sukakan Barbie color. Maaf ye K.Min, fabrik yg saya beli tidak memungkinkan membuat apron yg tutup dada. Ukuran fabriknya tidak cukup.

Smocking dress Puteri Dawani.

Alhamdulillah, ini adalah baju smocking yg diminta oleh sepupu saya buat Puterinya yg berusia 2 tahun. Untuk dipakai di hari raya tahun ini katanya. Tak sukar mencari idea kerana bonda Puteri ini sangat gemarkan bunga rose. Selain dari barang-barang hiasan rumah, pakaian bonda dan Puteri banyak berunsurkan bunga rose. Jadi tidak salah kiranya saya menambah koleksi mereka kan?

Saturday, June 2, 2012

Projek Sebelum Bersalin

Ini adalah projek terakhir sebelum bersalin. Selama 3 minggu saya ke kelas menjahit, berusaha menyiapkan sehelai smocking dress untuk Puteri saya. Alhamdulillah dress ini sempat disiapkan sekali dengan bunga reben sebagai hiasan. Bila kelas bermula selepas raya nanti, InshaAllah saya akan ke kelas knitting pula.