We do not remember days, we remember moments. Make the moments worth remembering.
Thursday, December 26, 2013
Seluar Jerut
Mood nak menjahit sudah datang! Alhamdulillah sebelum balik kampung, siap juga sehelai seluar tidur untuk anaknda Syahir Naufal. Kali ni saya buatkan tanpa getah, cuba yang jerut-jerut pula.
Ketika sedang ralit menjahit, tiba-tiba dia datang di sebelah saya. Memerhati saya menjahit. "Mama, harap-haraplah Fatin pun boleh menjahit macam Mama" katanya.
Fatin adalah rakan sekelas Syahir Naufal sejak dia di tahun 1 Hamzah lagi. Mereka masih sekelas ketika di tahun 2 Ali bin Abi Talib dan 3 Abdurrahman bin Auf. Tapi di tahun 4 nanti mereka terpisah kelas. Syahir Naufal di kelas 4 Khalid Al-Walid.
Mulanya dulu saya tidak suka bila anak saya bercerita mengenai Fatin. Pada saya ini bukan masa yang sesuai. Akhirnya dia hanya akan bercerita dengan ayahnda dia saja. Saya cuma dapat mendengar kisahnya dari kekanda suami.
Saya berfikir, cuba mencari sesuatu yang baik. Dengan ilmu yang ada, saya yakin dapat membimbing anak saya.
Saya tanya, "kenapa Syahir suka Fatin?". Mulanya dia terkejut, mungkin tak sangka saya nak tanya. Katanya, "sebab Fatin tu berpakaian seperti Mama. Gaya tudung dia, pakai baju sopan, pakai stokin tangan.."
Saya yakinkan Syahir Naufal, tidak salah kalau suka tapi pertama sekali Syahir Naufal kena suka & cintakan Allah, kemudian Rasul, Mama, Papa dan adik-adik.
Saya dan kekanda suami membesarkan anaknda-anaknda kami lillahi ta'ala. Kami serahkan mereka ini kepada Allah. Semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk beribadah.
Sunday, December 22, 2013
Mama & Papa
Projek penutup untuk tahun 2013. Alhamdulillah siap juga akhirnya bantal yang pada mulanya hanya untuk dijadikan hiasan katil. Tapi nampak gayanya ada yang berkenan buat peneman mimpi.
Sebenarnya sudah lama saya tidak menyentuh sewing machine dan overlock. Memandangkan Che Awang Bongsu sudah pandai bermain dengan kakak dan abang, inilah peluang saya.
Pernah satu ketika dahulu, ketika Che Awang Bongsu baru pandai merangkak, dia telah menekan paddle overlock saya. Apalagi, habis putus benang-benang! Sangat 'bercinta' untuk memastikan benangnya 'dikait' dengan baik.
Cross stitch adalah satu hobi yang tidak dapat saya tinggalkan. Selesai segala kerja rumah, waktu rehat saya suka memegang benang dan menyulam. Tapi saya juga rindukan smocking. Mungkin bila ada peluang saya suka nak belajar untuk menjahit bead.
Wednesday, January 30, 2013
Untuk Iza.
Ini adalah buah tangan buat seorang sahabat saya yang meninggalkan bumi Kerteh pada December lepas. Sebenarnya, ini adalah koleksi 'pinggan' yang saya kumpul. Daripada 10 'pinggan', saya baru ada 7 'pinggan'. 3 daripadanya saya jadikan buah tangan untuk sahabat ni.
Bila kita bercerita mengenai perpisahan, ia adalah sesuatu yang menyedihkan. Tambahan apabila persahabatan ini dibina berlandaskan agama Allah, kasih sayang yang terhasil amatlah tulus dan ikhlas. Dalam persahabatan kami tidak perlu kata mengata, fitnah memfitnah untuk menjadi rapat. Cukuplah keikhlasan pasti silaturrahim ini berpanjangan, InshaAllah.
Sahabat seorang ini saya kenali ketika 'berbulatan gembira'. Wah! Bulatan gembira ini sungguh menggembirakan. Ketika itu masing-masing mengendong anak-anak kecil dan suasana ketika berbulatan gembira boleh dibayangkan-MERIAH! Sampai satu ketika, Ustazah terpaksa menghentikan halaqah kami lebih awal dari biasa. Ada ketikanya, Ustazah mengajak kami bermain game. Gamatnya suasana. Tetapi apabila hari itu Ustazah menyediakan segmen yang menyentuh hati, kami berlinangan airmata.. Emmm.. apa jua keadaan, ianya menjadikan kami semakin rapat dari hari ke hari.. Bukan sahaja ketika berbulatan gembira, tetapi ketika kami saling menziarahi.
Kini, anak-anak kecil kami sudah 'besar'. Masing-masing sudah ke sekolah dan tadika. Malah ramai sahabat yang berhijrah mengikut suami ke tempat lain. Suasana ketika berbulatan gembira sunyi. Hanya kedengaran suara Ustazah.. Dan saya sungguh rindu suasana meriah itu. Yang pasti, kerana Allah kami bertemu dan kerana Allah jua kami berpisah. Semoga kami semua akan dipertemukan lagi dalam keadaan yang lebih baik.
Tuesday, June 5, 2012
Buah Tangan buat Dr Seri Suniza.
Buah tangan untuk Dr Seri Suniza yg telah menyambut kelahiran Puteri dan Putera bongsu saya. Semuanya adalah hasil tangan saya sendiri kecuali membingkaikan cross stitch. Sebenarnya idea untuk membuat cross stitch cupcakes ini datang ketika saya sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan antenatal. Sebelum ke W&C clinic, saya suka singgah di kedai dibawah PCMC untuk membeli magazine. Kebetulan issue Cross stitch Crazy time tu ada pattern cupcakes. Saya terfikir, apa salahnya saya menambahkan lagi koleksi souvenir dibilik Doktor..
Selepas bersalin, sebelum discharged, saya dan kekanda suami memberi beg yg berisi cross stitch ini. Wah! Tersenyum lebar Doktor Seri Suniza. Doktor siap imagine nak menggantungkan cross stitch ini diruang makan di rumahnya. Juga beliau sudah dapat meneka siapa diantara anaknda beliau yg akan mendapat beg. Gembiranya saya!
Sunday, June 3, 2012
Beg Quran
Ini adalah beg untuk Putera ke 2 saya. Anaknda saya sangat menginginkan sebuah beg untuk memudahkan beliau menyimpan Quran dan membawanya. Gambar orang bermotosikal itu adalah pilihan anaknda saya yg saya sulamankan menggunakan teknik cross stitch. Sebagai accesories tambahan saya tampalkan nama beliau. Wah! Anaknda saya saya sangat sukakan beg ini. Kami sama-sama memilih Iron on alphabet itu ketika di Habby & Wool, Ampang Park. Semua ada kecuali huruf A. Terpaksa saya sulamankan huruf A. Semoga anaknda terus bersemangat untuk mempelajari Kalamullah. Kerna, hidup tanpa Kalamullah dan As-Sunnah umpama pokok tanpa buah. Saya sentiasa menekankan cara-cara hidup Rasulullah dalam kehidupan kami sekeluarga. Semoga usaha kecil saya dirahmati Allah.
Apron
Alhamdulillah, sudah siap apron yg saya jahitkan sebagai buah tangan buat seorang sahabat saya. Sahabat saya baru belajar membaking cupcakes. Kebetulan ketika datang menziarah saya tempoh hari, beliau membawa cupcakes yg beliau sendiri buat sebagai buah tangan untuk anaknda saya. Mereka sangat mengemarinya. Jadi, apron ini adalah sebagai pembangkit semangat untuk beliau membaking lebih banyak cupcakes!
Harap beliau suka ala2 country kerana saya mengemarinya. Dan yg paling penting beliau 'terpaksa' sukakan warna pink kerana saya sukakan Barbie color. Maaf ye K.Min, fabrik yg saya beli tidak memungkinkan membuat apron yg tutup dada. Ukuran fabriknya tidak cukup.
Harap beliau suka ala2 country kerana saya mengemarinya. Dan yg paling penting beliau 'terpaksa' sukakan warna pink kerana saya sukakan Barbie color. Maaf ye K.Min, fabrik yg saya beli tidak memungkinkan membuat apron yg tutup dada. Ukuran fabriknya tidak cukup.
Smocking dress Puteri Dawani.
Alhamdulillah, ini adalah baju smocking yg diminta oleh sepupu saya buat Puterinya yg berusia 2 tahun. Untuk dipakai di hari raya tahun ini katanya. Tak sukar mencari idea kerana bonda Puteri ini sangat gemarkan bunga rose. Selain dari barang-barang hiasan rumah, pakaian bonda dan Puteri banyak berunsurkan bunga rose. Jadi tidak salah kiranya saya menambah koleksi mereka kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)













